Projek Cendawan Simpang Sanglang

Ahad, 27 Jun 2010

Tempahan Bongkah Cendawan


Kepada sesiapa yang berminat dengan perusahaan cendawan dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan beg media cendawan ( bongkah cendawan ) sila hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga yang berpatutan.

1. Penghantaran disediakan jika tempahan melebihi 500 bongkah ke atas.

3. Khidmat nasihat disediakan.

2. Harga boleh dirunding.

Anda berminat, hubungi saya..................

Nilai Nutrisi Cendawan Bagi Tujuan Perubatan

Berdasarkan kajian oleh Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), cendawan sememangnya mempunyai banyak khasiat dan nilai perubatan seperti:

Pleurotus cystidiosus (abalone); Pleurotus flabellatus (tiram merah jambu); Pleurotus citrinopileatus (tiram kuning); Pleurotus florida (tiram putih) dan Pleurotus sajor-caju (tiram kelabu)

Mengawal atur darah, anti thrombotik, merendahkan tekanan darah, mengurangkan kandungan glukosa dan lipid. Meningkatkan sistem imuniti bagi melawan jangkitan vierus dan bakteria. Menghalang pertumbuhan tumor. Agen anti oksida dan melindungi faktor genetik.

Oleh yang demikian, cendawan ini memang baik untuk kesihatan kita, tambahan cendawan yang fresh, baru dipetik. Sesiapa berminat hubungi saya dikawasan Perlis dan Kedah utara.

Khamis, 17 Jun 2010

Proses Pembesaran Meselium

Berikut adalah bongkah baru dipenuhi meselium yang mula bergerak dan tumbuh dengan baik.

Bongkah ini baru diisi dengan benih ( 8 hari )

Cendawan Tiram Kelabu

Cendawan ialah sejenis sayur yang lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai zat pemakanan yang baik untuk kesihatan. Keistimewaannya: ia mampu mengurangkan kolesterol tubuh dan menghalang pendarahan otak.

Cendawan memerlukan bahan organik yang telah reput seperti kayu dan daun sebagai makanan. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian di atas permukaan media pertumbuhan (substrat) yang dinamakan jisim berbuah dan di dalam substrat iaitu bahagian tampang. Jisim berbuah terdiri daripada tudung yang sedap dimakan dan tangkai. Di bawah permukaan tudung terdapat insang-insang yang menghasilkan biji benih iaitu spora. Bahagian tampang berfungsi untuk menyerap bahan makanan melalui struktur seperti akar yang terdiri daripada miselium iaitu sekumpulan bebenang hifa yang halus. Miselium mengeluarkan enzim yang dapat menghancurkan bahan organik sebelum ia diserap untuk pertumbuhan dan pembiakan.
Bahan ini diambil daripada : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/rencana.htm