Projek Cendawan Simpang Sanglang

Khamis, 17 Jun 2010

Cendawan Tiram Kelabu

Cendawan ialah sejenis sayur yang lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi pelbagai zat pemakanan yang baik untuk kesihatan. Keistimewaannya: ia mampu mengurangkan kolesterol tubuh dan menghalang pendarahan otak.

Cendawan memerlukan bahan organik yang telah reput seperti kayu dan daun sebagai makanan. Ia terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian di atas permukaan media pertumbuhan (substrat) yang dinamakan jisim berbuah dan di dalam substrat iaitu bahagian tampang. Jisim berbuah terdiri daripada tudung yang sedap dimakan dan tangkai. Di bawah permukaan tudung terdapat insang-insang yang menghasilkan biji benih iaitu spora. Bahagian tampang berfungsi untuk menyerap bahan makanan melalui struktur seperti akar yang terdiri daripada miselium iaitu sekumpulan bebenang hifa yang halus. Miselium mengeluarkan enzim yang dapat menghancurkan bahan organik sebelum ia diserap untuk pertumbuhan dan pembiakan.
Bahan ini diambil daripada : http://pertanianmjg.perak.gov.my/bahasa/rencana.htm

Tiada ulasan: